Tuesday, August 9, 2016

7 TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

♥♥ Assalamualaikum ♥♥


Segelintir masyarakat memikirkan kanak-kanak yang montel itu comel.  Benarlah, semua kanak-kanak sememangnya semulajadi comel.  Tetapi, tanpa disedari, mereka yang montel itu akan membentuk generasi yang akan mempunyai masalah berat badan atau gemuk dan berpenyakit.  Asasnya, pendidikan pemakanan bermula daripada dalam rumah.  Ibu bapa la yang membentuk tabiat pemakanan anak-anak bermula dengan pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan juga jenis makanan.

Peranan ibu bapa amat penting dalam hal ini dalam menentukan gaya pemakanan yang sihat dikalangan anak-anak.


1- Makanan seimbang

Ajar anak-anak untuk makan secara sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan. Pastikan buah dan sayur diambil dalam kuantiti yang banyak.  Pastikan lemak diambil diambil dalam kuantiti yang sepatutnya kerana kuantiti yang berlebihan boleh menjadi penyebab obesiti.  Kaborhidrat juga perlu diambil secukupnya bagi bekalan tenaga mereka.


2- Say NO to junk food

Perisa dan pewarna dalam makanan ringan dapat memikat selera anak-anak untuk makan secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan anak-anak enggan mengambil makanan yang berkhasiat.  Tabiat ini perlu dikawal kerana makanan ini boleh menjejaskan kesihatan dan tumbesaran mereka.

3- Banyak minum air

Pastikan anak-anak meminum air kosong 6 hingga 8 gelas sehari.  Air sangat penting untuk fungsi fisiologi tubuh kerana air dapat mengawal suhu badan dan mengeluarkan toksin yang berlebihan dari dalam badan.  Kanak-kanak lebih mudah ternyahidrat berbanding orang dewasa, kerana itu galakkan mereka minum air kosong lebih banyak berbanding air yang lain.

4- Wajib sarapan pagi

Sarapan adalah wajib kerana sarapan adalah sumber tenaga untuk kekal fokus terhadap aktivi seharian.  Setiap pagi sebelum pergi ke sekolah atau melakukan aktiviti lain pastikan anak-anak mengambil sarapan terlebih dahulu.
  
5- Sekat minuman berkabonat

Hindarkan air berkobonat kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi.  Akibat daripada gula yang tinggi, kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi hiperaktif dan kurang memberikan tumpuan.  Air berkabonat juga mengandungi bahan tambahan seperti pewarna dan perasa yang boleh memberikan kesan yang tidak baik pada sistem perkumuhan.

6- Bijak memilih makanan

Pilihlah makanan yang berkhasiat semasa membeli-belah. Didik anak-anak untuk memilih makanan yang berkhasiat untuk diri mereka.  Setiap ibu bapa perlu rajin membaca label makanan yang ingin dibeli.  Pilihlah makanan yang rendah kalori, kurang gula dan kurang lemak.

7- Tingkatkan aktiviti fizikal

Galakan anak-anak bermain diluar.  Sediakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama. Didik anak untuk aktif dalam bersukan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Aktiviti di luar rumah dapat mengurangkan tabiat menonton television atau bermain gadget dikalangan anak-anak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekiranya anda berminat dengan mana-mana produk yang ditawarkan, sila hubungi saya seperti yang tertera di atas.

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-